1 April 2015 ( 8.19 PM)
Hari ni baru download app utk wedding cheklist 1.Our Wedding 2. Wedding Planning satu dalam phone satu dalam tab, tengok yang mana nak tanda penuh......hik..hik..hik..
So hari ni nak cerita balik apa yang saya n dia telah plankan, memandangkan saya anak ke3 dan dia tunggal jadi ini mungkin wedding terakhir kami, insyaallah.. jadi budget yang diperuntukan mungkin tidak lebih dari MYR 2 juta..mungkin itu adalah maksimum sedaya upaya tidak mahu menghabiskan jumlah tersebut. jadi planning asal kami akan bernikah di KL/Selangor, resepsi sebelah lelaki dihotel yang sama dan acara minum teh keesokan harinya, disebelah kedah pula mungkin 3-4 bulan kemudian dan pengakhiran majlis kami di Maldives bersama kawan-kawan rapat.. waaa kalau lah seperti dirancang chek happy....
Thursday, 2 April 2015
Wednesday, 1 April 2015
1 April 2015 (1.08AM)
Esok GST bermula Yeeee!!!!!!!!! lompat sampai langit punya seronok.... semalam mula survey pasal dewan memandangkan mak tak mau buat majlis dekat rumah so...kena cari dewan cari dewan...kedah tak macam Kl/Selangor, banyak pilihan..so lepas tapis ini yang tinggal...
Esok GST bermula Yeeee!!!!!!!!! lompat sampai langit punya seronok.... semalam mula survey pasal dewan memandangkan mak tak mau buat majlis dekat rumah so...kena cari dewan cari dewan...kedah tak macam Kl/Selangor, banyak pilihan..so lepas tapis ini yang tinggal...
1st:- Hotel Tabung Haji Alor Setar Kedah.
2nd : Ballroom Grand Alora Hotel
3rd : Star City Hotel
Setelah perbincangan kami mungkin memilih Hotel Tabung Haji, beberapa krateria yang diambil kira antaranya...
- Tempat parking yang luas
- Lokasi yang mudah dicari kerana rasa2 guess kami adalah yang berada luar Kedah dan orang-orang kampung chek! mudah cari sebab semua orang hantar orang pegi haji/umrah dekat sini.
- dewan yang sangat cantik dan luas + baru
- itu jer kot, kalau ingat yang lain chek edit yek!
Tuesday, 31 March 2015
Jom kenal dengan saya.. (1st entry)
Saya Ann Liyana , 31tahun asal Kedah, sekarang saya terbabit dalam bidang pelaburan dunia dan boleh dikatakan saya Jutawan Malaysia....Bakal suami saya seorang doctor pakar dari Singapore berbangsa cina dan berumur 37 tahun, kisah cinta kami amat tragik. mungkin kuasa tuhan kami bertemu dan kuasa tuhan kami berpisah, kami bertemu pertama kalinya pada malam TESL night anjuran universiti tempat saya belajar dan dia pelajar tahun akhir yang kebetulan dijemput hadir kerana majlis kami dibuat di dewan di kolej kediamannya. Perkenalan terbabit berakhir pada malam terbabit dan tiada lanjutan dari hubungan terbabit. 7 tahun kemudian kami dipertemukan kembali, semasa perjalanan pulang saya dari Singapura, kelakarnya saya tidak mengenali dia tetapi dia yang mengenali saya, hubungan menjadi rapat mungkin ini jodoh kami mengambil kata sepakat nak kawin.. menariknya dia dan saya mempunyai impian yang sama dalam majlis perkahwinan, dan ini adalah perjalanan perkahwinan Epik kami....
Subscribe to:
Posts (Atom)