Tuesday, 31 March 2015

Jom kenal dengan saya.. (1st entry)


Saya Ann Liyana , 31tahun asal Kedah, sekarang saya terbabit dalam bidang pelaburan dunia dan boleh dikatakan saya Jutawan Malaysia....Bakal suami saya seorang doctor pakar dari Singapore berbangsa cina dan berumur 37 tahun, kisah cinta kami amat tragik. mungkin kuasa tuhan kami bertemu dan kuasa tuhan kami berpisah, kami bertemu pertama kalinya pada malam TESL night anjuran universiti tempat saya belajar dan dia pelajar tahun akhir yang kebetulan dijemput hadir kerana majlis kami dibuat di dewan di kolej kediamannya. Perkenalan terbabit berakhir pada malam terbabit dan tiada lanjutan dari hubungan terbabit. 7 tahun kemudian kami dipertemukan kembali, semasa  perjalanan pulang saya dari Singapura, kelakarnya saya tidak mengenali dia tetapi dia yang mengenali saya, hubungan menjadi rapat mungkin ini jodoh kami mengambil kata sepakat nak kawin.. menariknya dia dan saya mempunyai impian yang sama dalam majlis perkahwinan, dan ini adalah perjalanan perkahwinan Epik kami....  

No comments:

Post a Comment